blog*spot
..::Jaka's life::.. - Version Ocean At Night
O
C
E
A
N

A
T

N
I
G
H
T

home
About: Info about this site may go here. Type as much as you like.
Bio: Other stuff like this may go here, be crative and write something new!


Design: MK
Host: Blogger
Template: Blogskins

..::Jaka's life::..
Aim high, tackle low, tackle hard, let 'em know..

Thursday, January 22, 2004

The Journey To Jelebu
Starring: Jaka, Zarul, Amir, Intan, Nad, Kay-E, Miza, Hana, Matun.

Assalamualaikum semua. Macam mana cuti seminggu ni? Selepas balik dari camping, aku asyik selalu teringat kenangan menarrik ketika di sana. Cuti seminggu kali ni mmg best. Plan we all nak gi camping akhirnye berjalan lancar dan penuh menyeronokkan. Maklumlah ni program yg julung2 kami rancang bersama.walaupun ramai jugak yg tak dpt join namun begitu kepuasan jelas terpancar di wajah2 rakan2ku yg lain. Biar aku memorikan dgn menceritakan kembali pengalaman yang tidak mungkin dpt dilupakan dlm "The Journey To Jelebu"..
Sebenarnye aku mmg excited nak pegi camping ni. Segala persiapan telah pon ready. Kami dijadualkan bertolak dr KL lepas solat Jumaat pd 16 Jan 04. Terima kasih kepada Firdaus yg sudi menghantar kami ke KL Sentral.lebih kurang pukul 1610 kami menaiki tren komuter menuju ke Seremban. Ada di antara kami yg belum penah merasa naik komuter ni. So ni lah kali pertama dia merasa nye dan kelihatan sungguh seronok sekali riak di wajah nye. Perjalanan mengambil masa 1 jam lebih dan aku hanya dpt duduk selepas hentian UKM.kami duduk sekelompok cuma Nad yg duduk jauh sikit. Amir sejak awal lagi telah mendapat tempat duduk walaupon kami agak konfius dgn status diri dier. Apakah dier layak utk duduk?Ha..ha Tapi dia tidak jugak tidur. Hanya berborak tanpa henti ngan si Hana. Selepas sampai di Seremban,kami pon menuju ke Terminal One. Kami menunggu bas CITYLINER ke Kuala Klawang. Ramai jugak org yg menunggu hendak menaiki bas tu. Perjalanan ke sana agak berliku kerana jalan raya di Bukit Tangga sedang di baik pulih. Rasa pening la jugak. Lebih kurang pukul 1930 kami tiba di sana dan terus ke rumah atuk dan nenek Intan di Kg Mengkan. Kami pon membersihkan diri dan masa yg sama aku sempat berborak ngan atuk Intan.seronok jugak berborak ngan org veteran ni. Mcm2 nasihat diberikan kpd org muda mcm kita ni.kemudian kami menjamu selera dgn masakan ringkas tapi istimewa oleh nenek Intan.rata2 semua kepenatan tapi masih belum nak melelapkn mata. So aku pon lelapkan mata dulu.tidur mlm tu mmg lena tanpa sebarang gangguan kecuali Amir yg kerap kali memenuhi 2/3 katil dan suara ayam jantan yg mengejutkan aku bangun Subuh.
Inilah hari yg di tunggu2 oleh kami semua. Selepas kami makan roti canai yang dibeli oleh atuk, kami menunggu kedatangan Abg Di & Kak Aida. Bacaan doa selamat mengiringi kami sebelum memulakan perjalanan. Kami menaiki pacuan 4 roda untuk masuk ke dalam hutan. Memang macam Camel Trophy rasanye. Perjalanan mengambil masa 30 minit kot. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan , ketika kenderaan kami tergelincir dan hampir2 masuk ke semak ditepi2 jalan. Rasa macam nak tercampak pulak. Kami akhirnya tiba dengan selamat di sana. Kami diberikan taklimat ringkas oleh Kak Aida tentang program seterusnya. Kami dikehendaki menulis nama samaran di atas kertas kosong dan permainan ini dinamakan SMS. Kemudian kami diminta mendirikan khemah di kawasan lapang. Aku dengan Zarul, Intan dengan Kay-e, Nad dengan Hana, Matun dengan Miza dan Amir duduk sorang jer. Pada petang nya, kami dibahagi kepada 2 kumpulan. First group Aku, Zarul, Hana , Miza, Nad dan 2nd group Amir, Arif, Intan, Kay-E, Matun. Permainan ini dinamakan Rimba Kembara dimana ada ala-ala Survivor sikit. 1st challenge ialah menyumpit belon. Wah menarik juga kan. Aku try tapi tak kena la pulak. Akhirnya Nad berjaya menyumpit dengan hebat sekali. Kami dapat clue pertama. Namakan puak orang asli di Semenanjung Malaysia? Kami meneruskan perjalanan. Kali ini kami diminta mencari clue di dalam lumpur. Apa lagi, macam pesawah la kami. Korek jangan tak korek. Susah juga cabaran kali ini. Akhirnya 2nd group dapat dulu so they managed to go through. Kemudian kami diminta mengikat mata salah seorang ahli kumpulan kami dan kena memberi arahan untuk sampai ke tempat yang dituju. Cabaran seterusnya ialah mencari clue di dalam sungai. Ini pun lagi satu yang mencabar kerana sungai tu dah la luas. Nasib menyebelahi kami kami dapat meneruskan perjalanan. Kami pun melintas batang pokok untuk ke seberang sungai. Aku sempat juga tergolek di tengah jalan masuk dalam sungai. Kelakar la jugak. Kemudian kami diminta mengisi air ke dalam buloh untuk mendapat clue seterusnya. Keadaan menjadi gamat kerana clue kami yang keempat dah hilang. Adakah ia jatuh ke dalam sungai? Ataupun tercicir dalam hutan? Takpe perjalanan perlu diteruskan. Cabaran kali ini ialah “spider web”. Para peserta hanya dibenar memasuki satu lubang sahaja. Puas difikir akhirnya kami mengambil keputusan mengangkat Hana untuk masuk ke lubang paling tinggi. Kemudian kami dikehendaki bergayut untuk mendapatkan clue. Zarul naik atas belakang aku dan dengan mudah mengambilnya. Then we have to search for chipsmore dalam semak samun. Bukan kerja mudah beb! Di sini lah kami ditinggalkan oleh 2nd group selepas sekian lama mendahului. Tension jugak dibuatnya. Selepas itu, kami kena sambungkan buloh2 pendek untuk mengambil belon yang tersangkut tinggi. Kali ini aku pula yang duduk atas Zarul. Lame la juga nak amik belon tu. Nasib baik tak patah pinggang si Zarul. Last sekali we all kena tarik orang atas tiub. Masa tu dah down sebab kitorang dah kalah. Takpe yang penting semangat kesukanan dan setiakawan. Kami diberi tempoh untuk menjawab semua clue yang telah kami kumpul. Antaranya air terjun tertinggi di dunia? Aphrodisial plant? Aural organ? Maksud PERHILITAN? Nama lain bagi tahi kelawar?. Lepas berhempas pulas untuk game tadi, kami diberi untuk bermain air kat sungai berhampiran. Wah best jugak air sungai yang sejuk dan arus yang deras. Dah lame tak mengalami saat macam ni. Aku boleh menggigil lagi walhal orang lain takde la plak. Pastu tibalah saat yang ditunggu untuk bermain ‘water tubing’. Kami dikehendaki meniarap di atas tube dan biarkan arus membawa kami ke hilir. Sebijik macam kat Sunway Lagoon tapi ni lebih mencabar kerana banyak batu dan pokok buloh sebagai halangan. Jauh jugak untuk menyusuri sungai itu. Aku sendiri pun tergolek beerapa kali. Namun begitu keseronokan mengatasi segalanya. Setelah penat bermain air , kami pun membersihkan diri kerana hari makin gelap. Selepas dinner, kami diminta untuk bermain game “cina buta”. Macam biaselah nama pun dah tau, so we all kena tutup mata dan dibawa entah ke mana. Kat situlah langgar pokok, kena gigit semut, mengantuk, penat. Semua memberi direction dengan suara takut2 terlanggar apa2. Selepas itu, aktiviti adalah bebas. Mula2 nak main batu seremban, tapi dah la takde lampu, macam mana nak tangkap batunya. Kemudian Abg Di memberi kami daun terup. Hm..menarik jugak nih. Permainan 1st yang diperkenalkan ialah ‘main tipu’. Bagi sesiapa yang baru cuba2 main terup ni, penjelasan panjang lebar diberikan. Siap demonstrasi lagi. Game 2nd ialah ‘TOYOL’. Kesemua game ini nak menguji kita samada pandai menipu helah dan cepat pick up/alert.
Bunyi air sungai mengejutkan kami dari tidur yang lena. Wah memang segar udara di sini. Rata2 semua pakat bangun awal. Oleh kerana takde kerja pagi2 ni, ape lagi kasino pun dibuka. Macam biasa game serupa cam semalam. Memang ada improvement berbanding semalam. Masing2 menunjukkan kehebatan. Tidak kurang juga yang kelakar ketika bermain. Maklumlah baru 1st time main. Mana penah mainkan sebelum ini. Kat sini jer opportunity untuk belajar bermain. He.. Program hari ini ialah kami akan dibawa ke Jeram Berungut. Tempat ini masih lagi terpelihara dan belum ader lagi orang yang menerokanya. Lokasinya menarik seperti Grand Canyon. Di situ dipercayai ada 3 tingkat air terjun dan kolam yang besar. Kami hanya sampai di air terjun yang paling bawah sekali. Ape lagi main air lah kami kat situ. Gambar sebagai kenang-kenangan turut tidak dilupakan. Apabila hari sudah menegak tinggi, kami pun pulang ke camp. Waktu petangnya pula, ada lagi game yang disediakan. Kali ini kami berkumpulan diminta susun batu sungai, lastik belon, berjalan menggunakan buloh, dan wrestling atas buloh. Memang kelakar habis. Wrestling lepas itu terbuka kepada sesiapa yang hendak menunjukkan kehebatan ketika duduk di atas buloh. Kemudian kami bermain acara paling popular iaitu water tubing. Kali ini dah skill daraipada semalam tapi dilihat banyak juga kecederaan. Aku tergolek langgar batu dan luka di jari, Nad terlanggar buloh pulak sakit pinggang, Zarul terlanggar batu di lutut dan pinggul, Kay-E hampir2 lemas, dan banyak lagi. Kalau tak percaya lepas habis water tubing tu masing2 merah2 jer kaki dan tangan. Sampailah pula program pada waktu malam. Kami ditunjukkan cara melihat arah kiblat jika tiada kompas. Caranya dengan melihat bintang yang dipanggil ’North Star’. Satu peristiwa yang kelakar gila ialah di mana Matun dengan tidak sengaja memegang lengan Zarul yang pada mulanya di sangkakan Nad dan berkata ‘ cantik kan bintang malam ini!’ (mungkin ada tokok tambah sikit) Zarul pula berkata ‘apa kena ngan kau ni?’. Selepas itu benda ini jadi bahan gurauan yang memang mengelikan hati. Dinner malam ini ada barbeque ayam dan spaghetti. Macam biasa Amir memang tak henti2 makan. He..Kemudian game menguji minda di mana kami disuruh mengikat tanagan secara berpasangan dan pastikan tali itu bersilang dengan tangan partner kita. Lepas itu pandai2lah lepaskan diri. Puaslah juga mencuba sampai dan putus asa. Akhirnya kami tahu jawapannya. Kemudian kami disuruh melilitkan tali di leher dan diminta membukanya tanpa memusingkan balik ikatan itu. Kami diminta bermain ‘win,lose or act’. Kami diminta menghantar wakil iaitu aku dan Amir. Team mereka diwakili oleh Abg Man dan Abg Amir. Dari segi gaya mereka ini memang hebat. Bagi jer apa2 klue mesti dapat dilakonkan dengan sempurna. Antara clue yang kami perolehi ialah kuda hitam jerman, sports toto, topsy turvy, peristiwa siluman maharaja mahabratha, jubli emas. Yang lain tuh dah tak ingat la. We all punye clue untuk dilakonkan oleh mereka ialah Shakespeare autumn in chulalongkorn, permodalan kontena lapok, home coming queen, lembu punya susu sapi dapat nama dan lain2. Mula2 tergamam juga tapi diorang memang hebat. Selepas tu kami pun mengajak diorang lawan teka teki. Kami menjual teka-teki seperti sakit apa ‘paling’ sakit? Kenapa scuba divers buat back dive? Dan kenapa pencuri kena tangkap, ubi jadi kayu, ibu mengandung? Antara teka-teki yang baru bagi kami ialah kek apa yang digemari oleh perempuan? Apa yang jadi kalau 2 ekor ular senduk berjumpa? Nama orang yang memang takde masalah langsung kat dalam dunia ini? Selepas puas bergelak ketawa dan sakit punggung duduk lama sangat kami pun kembali ke khemah masing2.
Hari ini ialah hari terakhir kami. Pagi2 lagi kami seperti biasa membuka kasino. Satu lagi peristiwa yang sukar dilupakan ialah di mana kami sedang bermain TOYOL ketika itu. Semua orang dah pun meletakkan kad masing2 kecuali Kay-E. Sudah 3 kali kad berpusing , dia masih belum sedar. Semua mata tertumpu padanya. ‘korang ini kenapa?’katanya. kami pun menjawab’ cepatlah Kay-E!’. Barulah dia sedar rupanya orang lain semua dah letakkan kad. Kami pun gelak dengan tak ingat dunia sehingga mengejutkan Hana dan Nad di dalam khemah sedang lena selepas Suboh tadi. Pagi ini kami akan ke Air Terjun Lata Kijang. Kami menaiki Land Rover untuk ke sana dan ia mengambil masa selama lebih kurang 15 minit. Dalam perjalanan kami sempat bergambar berlatarbelakangkan Gunung Hantu yang tersergam indah di belakang kami. Akhirnya kami tiba ke tempat yang dituju. Air terjun setinggi 315 kaki di hadapan kami. Keadaan ketika itu memang indah. Tanpa membuang masa, kami cepat2 mandi di kaki air terjun itu. Seperti biasa kami juga tidak ketinggalan bergambar kenangan bersama-sama. Setelah semua anggota kami kecut dan menggigil barulah kami beredar dari kawasan air terjun itu. Sewaktu perjalanan pulang ke camp, aku, Zarul, Amir dan Arif tidak melepaskan peluang duduk di bahagian atap Land Rovers. Inilah pengalaman yang menarik bagi kami. Sakit punggung juga duduk melambung-lambung kat atas ini. Kena elak semua jenis pokok. Aku punya topi terjatuh ketika perjalanan tapi dapat diselamatkan. Kami singgah sebentar di perkampungan orang asli. Anjing peliharaan mereka sungguh ramah menyambut kedatangan kami. Sayangnya orang yang dicari sudah keluar ke hutan. Kami pun menyiapkan diri untuk pulang ke KL. Kami pun telah mengetahui siapakah yang berSMS dengan kami dalam permainan SMS. Kami pun dihantar ke stesen bas Kuala Klawang. Apabila masuk sahaja bandar, handphone kami mula beroperasi. Maka dengarlah bunyi message dan telefon berdering. Sudah hampir 3 hari kami terputus hubungan dengan masyarakat luar. Apabila sampai di stesen bas, Intan memberi tahu bahawa neneknya sudah pun menyediakan makanan untuk kami semua. Jadi kami berangkat ke rumah nenek Intan untuk menunaikan hajatnya. Selepas lebih kurang pukul 1730, kami menunggu bas ke Seremban. Macam biasa kami lelap sepanjang perjalanan. Kami mengambil tren komuter ke KL Sentral tapi Intan mahu turun di Serdang. Sepanjang perjalanan kami bercerita balik kenangan pahit dan manis sepanjang camping di Jelebu. Memang havoc dibuatnya dalam tren. Sebelum pulang ke hostel masing-masing, kami sempat dinner bersama-sama di McDonalds.
Itu sahaja nukilan yang sempat saya tulis. Pohon banyak kemaafan jika ada terlanjur perkataan dan terkasar bahasa. Ini ialah sekadar memori yang akan aku ingat sampai bila-bila. Terima kasih diucapkan kepada Abg Di, Kak Aida, Man, Ajoi, Tet, Amir , Kapten, dan yang paling istimewa teman-teman yang banyak menyokong dan menjayakan program ini. Insyallah jika diberi rezeki, kita akan buat satu lagi program dan mungkin akan kembali ke Jelebu dengan program outdoors yang lebih mencabar. Sekian izinkan saya melabuhkan noktah di sini. Wassalam..
(16th-19th Jan 04)
MR. JaKa
25th Jan 04
posted at 2:16 AM by mohd [ comments ]


Saturday, January 03, 2004

now we are in year 2004.rase sekejap jer kan..new year's eve aku pegi main futsal kat sportsplanet,subang ngan my x-starian yg dpt dikumpulkn.xdela ramai sgt tapi seronok gak.pastu lepak kat GAZEBO smpai kol 4 pagi.alamak mmg ngantuk nak mampos.nak dijadikan cerita,10 pg ader game lagi.kali ni main ngan dak 6th.kaki dah jadi sengal asyik sepak bola.game futsal ni we all nak jadikan salah satu aturcara gathering akan datang.selama ni asyik main snooker jer+minum jer.pastu my best fren singgah umah jap.dier balik cuti dr aussies.x tau plak dier nak balik,kalo x nak gak pesan benda.er..jgn lupa kem bina semangat kat jelebu yek..!
posted at 12:11 AM by mohd [ comments ]


Saturday, December 27, 2003

Don't pretend you're sorry
I know you're not
You know you got the power
To make me weak inside
And girl you leave me breathless
But it's okay
Cuz you are my survival
Now hear me say
I can't imagine a life
Without your love
Even forever don't seem
like long enough

Cuz everytime I breathe I take you in
And my heart beats again
Baby I can't help it
Keep drowning in your love
And everytime I try to rise above
I'm swept away by love
Baby I can't help it
I keep drowning in your love


Maybe I'm a drifter or maybe not
Cuz I am only safe here floating freely in your arms
I don't need another lifeline it's not for me
Cuz only you can save me oh can't you see


I can't imagine a life without your love
& even forever don't seem like long enough


Cuz everytime I breathe I take you in
And my heart beats again
Baby I can't help it
Keep drowning in your love
And everytime I try to rise above
I'm swept away by love
Baby I can't help it
I keep drowning in your love


Go on and pull me under
Cover me with dreams
Love me mouth to mouth now
You know I can't resist cuz you're
the air that I breathe


Cuz everytime I breathe I take you in
And my heart beats again
Baby I can't help it
Keep drowning in your love
Everytime I try to rise above
I'm swept away by love
Baby I can't help it
Keep drowning in your love


Baby I can't help it
Keep drowning in your love
Got me drowning
Got me drowning
Baby I can't help it


Cuz everytime I breathe I take you in
And my heart beats again
Baby I can't help it
Keep drowning in your love
And everytime I try to rise above
I'm swept away by love
Baby I can't help it
Keep drowning in ur love
posted at 2:27 AM by mohd [ comments ]


Thursday, December 18, 2003

selamat datang ke number one arsenal fan...happy berblogging en. jaka
posted at 5:33 AM by mohd [ comments ]